Portal Rasmi JKR Daerah Kuala Kangsar

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Portal Rasmi JKR Daerah Kuala Kangsar

Mengenai Kami

E-mail Cetak PDF

Jabatan Kerja Raya Kuala Kangsar pada asalnya dikenali sebagai 'Public Work Department' (PWD) Kuala Kangsar dan ditubuhkan pada tahun 1878 oleh Hugh Low iaitu Residen Ketiga Inggeris di Perak. Penubuhannya bertujuan untuk melaksanakan dasar-dasar pembangunan infrastruktur di Kuala Kangsar.

Pada awal penubuhannya, iaitu dalam tahun 1878 PWD Kuala Kangsar telah diterajui oleh seorang 'District Engineer' iaitu Mr. G.T. Tickell yang mempunyai kuasa untuk menjaga kawasan merangkumi satu daerah besar di mana Daerah Hulu Perak, Daerah Dinding dan sebahagian Daerah Perak Tengah adalah termasuk dalam tanggungjawab PWD Kuala Kangsar.

Pada 1hb Januari 1933, PWD Dinding (JKR Manjung) yang ditadbir oleh Pentadbiran Negeri-negeri Selat (Straits Settlement) telah diambilalih oleh Pentadbiran PWD Kuala Kangsar. Kemudian pada tahun 1945, sebelum Perang Dunia Kedua, PWD Hulu Perak (Upper Perak) dan Dinding adalah dibawah pentadbiran PWD Kuala Kangsar tetapi selepas perang daerah-daerah tersebut telah diletakkan dibawah pemerintahan Inggeris (BMA) sebelum daerah-daerah tersebut diserahkan kepada Daerah Kinta dibawah pemerintahan "Garison Engineer Kinta". Pada tahun 1950an, sebahagian daripada kawasan Parit dan Bota telah diambil oleh Pentadbiran PWD Perak Tengah dan dalam tahun 1980, Daerah Grik dan Lenggong telah diserahkan kepada pentadbiran PWD Hulu Perak.


Pada masa itu, pentadbiran PWD Kuala Kangsar merangkumi banyak jabatan-jabatan lain yang mana jabatan-jabatan ini diselenggara oleh PWD. Antaranya, Jabatan Anti Malaria, "Road, Street and Bridges", "Works and Buildings", "Waterwork", "River Conservancy", "Store & Furniture", "Railway", "Port and Aerodromme' dan "Irrigation and Drainage". Pada tahun 1hb Januari 1932 Jabatan "River Conservancy" dan "Irrigation and Drainage" telah menubuhkan jabatannya sendiri yang dikenali sebagai 'Drainage and Irrigation Department'.

Last Updated on Rabu, 02 Mei 2012 10:30 Baca Lagi...

Kenyataan Penafian | Dasar Privasi | Soalan Lazim

JABATAN KERJA RAYA DAERAH KUALA KANGSAR
Pejabat Jurutera Daerah, JKR Kuala Kangsar, Jalan Raja Chulan, 33000 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia.

Tel: 605-7764040/7764066 Faksimili: 605-7769901 Toll Free: 1-800-88-3377
Email : admin@jkrperak.gov.my

 
You are here MUKA HADAPAN